MALAYSIA SAMBUT HARI RAYA ISNIN ESOK (2 MEI)

MALAYSIA SAMBUT HARI RAYA ISNIN ESOK (2 MEI)

0
SHARE
Pengumuman itu dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Daniel Syed Ahmad menerusi siaran langsung khas di sebuah stesen televisyen sebentar tadi....

KUALA LUMPUR – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan Hari Raya Aidilfitri tahun 1443 Hijrah atau 2022 Masihi bagi rakyat di seluruh negara ini adalah pada esok.

Bertemakan baju Melayu berwarna ungu kali ini, Syed Danial dalam siaran langsung secara ringkas menyampaikan berita yang mengejutkan muslimat yang menjangkakan hari yang ditunggu-tunggu itu jatuh pada lusa (Selasa).

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja…

“maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin 2 Mei 2022,” katanya.

Negara Arab Saudi, Perancis dan England turut menyambut Aidilfitri pada tarikh yang sama dengan hari terakhir bulan suci Ramadan pada hari ini.