Saintis Australia Temui Cara Kesan Tahap Kesihatan Pesakit COVID-19

Saintis Australia Temui Cara Kesan Tahap Kesihatan Pesakit COVID-19

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

SYDNEY, AUSTRALIA – Sainstis University of Queensland (UQ) di negara ini menemui cara baharu untuk mengesan tahap kesihatan pesakit COVID-19 iaitu melalui kecergasan sel.

Agensi berita Xinhua melaporkan, menurut kajian diterbitkan jurnal EMBO Molecular Medicine baru-baru ini, ia mampu memberi kesan besar dalam mengenal pasti dan perlindungan terhadap mereka yang berisiko diserang virus itu.

“Kami menemui pesakit mengalami kecederaan paru-paru yang serius mempunyai tahap tinggi penanda bio pada saluran pernafasan serta kematian sel,” kata penulis dari Dimantina Institute UQ, Dr Arutha Kulasinghe.

Penanda sel yang dimaksudkan itu dipanggil hFwe-Lose atau ‘Flower lose’, yang dinyatakan penyelidik sebagai petunjuk kepada tahap betapa seriusnya COVID-19.

Hasil ujian yang dilakukan terhadap pesakit berusia 20 tahun ke 82 tahun, penanda sel terbukti meningkat pada individu lebih tua dan mereka yang mempunyai komorbiditi seperti kegemukan serta gangguan fungsi imun.

“Lebih penting lagi, kami turut mendapati kecergasan sel penanda ini mengatasi kaedah konvensional seperti usia, keradangan atau penyakit sedia ada bagi meramal tahap kesihatan…

“Ini akan memudahkan keputusan bagi rawatan hospital dan menganggarkan risiko kematian pesakit COVID-19,” kata Kulasinghe lagi.

Kehadiran penanda sel ‘Flower lose‘ juga dapat dikenal pasti melalui saringan ujian hidung dan mampu memberi peluang kepada doktor untuk mengetahui tahap risiko pesakit yang positif.

“Ia membolehkan pasukan perubatan mengenal pasti pesakit mengalami gejala yang teruk, melakukan pemantauan rapi serta akses awal untuk ke hospital selain rawatan intensif,” katanya