Mangsa Terakhir Remaja Lemas Kampung Pogunon Ditemui

Mangsa Terakhir Remaja Lemas Kampung Pogunon Ditemui

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Mangsa terakhir yang dikhuatiri lemas dalam insiden pada Sabtu di sungai Kampung Pogunon ditemui hari ini.

Arus membawa mayat Tomansi Olaf, 17, ke sungai Moyong yang ditemui pasukan Bomba kira-kira 300 meter dari pos kawalan pasukan penyelamat pada jam 11 pagi tadi.

Operasi mencari dan menyelemat pada hari ke tiga (3) itu dijalankan di pesisir sungai menggunakan bot bersama pihak Polis dan orang awam.

“Operasi dimulakan pada 9 pagi dan ditamatkan pada pukul 11.15 hari ini…

Foto Ihsan Bomba Sabah…

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis dan diserahkan untuk tindakan selajutnya,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Kepala air pada Sabtu mengambil nyawa dua dari enam sekumpulan itu dalam insiden jam 4 petang selepas memilih untuk mandi di sungai kerana tidak dapat bermain bola sepak dalam keadaan cuaca hujan lebat.