MARA Bakal Distrukturkan Semula

MARA Bakal Distrukturkan Semula

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal distruktur semula sebaik sahaja siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap beberapa pegawai kanan agensi itu selesai, berikut menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian eDesa yang mana beliau menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM bagi menyiasat kes rasuah berkenaan yang disisat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Pada 11 Februari lalu, SPRM mengambil keterangan LIMA (5) pegawai kanan MARA berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada pengarah perundangan dan pendakwa raya.