New Zealand Bakal Tarik Semula Arahan Vaksin COVID-19 Dan Penjarakan Sosial

New Zealand Bakal Tarik Semula Arahan Vaksin COVID-19 Dan Penjarakan Sosial

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

WELLINGTON – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dalam satu kenyataan semalam (21 Feb) memaklumkan negara itu bakal menarik semula arahan vaksin COVID-19 dan langkah penjarakan sosial selepas melepasi kemuncak varian Omicron.

Menurut sumber, keputusa berkenaan susulan daripada tindakan penunjuk perasaan yang menduduki kawasan Parlimen sekali lagi bertempur dengan polis, bagi memberi tekanan kepada kerajaan supaya menghapuskan arahan vaksin di New Zealand.

Ardern eyang nggan menetapkan tarikh bagi penarikan semula arahan itu berkata, pengurangan dalam arahan vaksin akan dilakukan selepas varian Omicron mencapai kemuncaknya yang mana dijangka pada pertengahan hingga akhir Mac ini.

“Kita semua mahu kembali kepada cara hidup sebelum ini. Kita akan, saya jangka lebih awal daripada yang anda fikirkan…

“Bagaimanapun, apabila itu berlaku, ia disebabkan langkah melonggarkan sekatan tidak akan menjejaskan kehidupan ribuan orang, bukan kerana anda menuntutnya,” katanya pada sidang akhbar mingguan.

Jacinda Ardern…

Demonstrasi itu bermula sebagai penentangan terhadap perintah vaksin, namun kemudian bertukar menjadi gerakan yang lebih besar terhadap Ardern dan kerajaannya.

Hari ini, lapan ditangkap kerana berkelakuan tidak senonoh dan melakukan halangan, dengan sisa buangan manusia dibaling kepada beberapa pegawai polis.

New Zealand melaporkan kira-kira 16,000 kes COVID-19 dan 53 kematian sejak wabak itu melanda, jumlah yang agak rendah mengikut piawaian global, namun varian Omiicron menyebabkan purata tujuh hari jangkitan baharu semasa mencecah lebih 1,600 kes setiap hari.

Untuk rekod, kira-kira 94 peratus (94%) penduduk yang layak sudah divaksin, dengan suntikan diwajibkan bagi sebahagian kakitangan barisan hadapan (frontliners)