Maritim Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Lapan PATI Di Perairan Kudat

Maritim Malaysia Gagalkan Cubaan Seludup Lapan PATI Di Perairan Kudat

0
SHARE

KUDAT: Maritim Malaysia Zon Kudat menggagalkan cubaan menyeludup lapan migran ke Sabah, semalam.

Pengarah Zon, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, bot peronda mengesan bot mencurigakan melalui Radar SWASLA Sabah sekitar 6.30 petang sebelum menahannya selepas beberapa minit mengejar di perairan barat Pulau Balambangan.

“Pemeriksaan mendapati bot dikendalikan seorang tekong dan seorang kru bersama empat wanita dan empat lelaki berusia 19 hingga 40 tahun, semuanya tanpa dokumen sah.

“Bot, kru dan penumpang dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan di bawah Akta ATIPSOM 2007 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Beliau turut menyeru komuniti maritim Kudat secara khususnya agar bekerjasama memerangi penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.