Maritim Malaysia Tahan 10 PATI di Perairan Kudat

Maritim Malaysia Tahan 10 PATI di Perairan Kudat

0
SHARE

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat menahan 10 pendatang tanpa izin (PATI) kira-kira 8 batu nautika barat laut Tanjung Simpang Mengayau, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata penahanan dibuat selepas pengesanan melalui Sistem Pengawasan Laut Sabah (SWASLA) dan tindakan pantas aset rondaan Maritim Malaysia di kawasan berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati bot dinaiki tidak memiliki nombor pendaftaran, manakala semua individu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

“Semua PATI ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966,” katanya.

Beliau menegaskan rondaan dan penguatkuasaan akan terus dipertingkat bagi membanteras penyeludupan dan kemasukan PATI di perairan Sabah, khususnya kawasan sempadan.