Masidi Tekankan Strategi dan Tadbir Urus Cekap Qhazanah Sabah

Masidi Tekankan Strategi dan Tadbir Urus Cekap Qhazanah Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun, menegaskan Qhazanah Sabah Berhad perlu memperkukuh perancangan strategik dan pengurusan aset bagi memastikan pelaburan negeri lebih cekap, telus, dan memberi impak tinggi.

Beliau berkata, organisasi itu juga harus proaktif meneroka sektor berpotensi tinggi seperti teknologi, tenaga boleh diperbaharui, dan ekonomi digital untuk menyokong pembangunan jangka panjang Sabah.

Masidi yang juga Menteri Kewangan turut menekankan tadbir urus yang baik, pemantauan berterusan dan pendekatan inovatif agar setiap pelaburan memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri.

“Kementerian Kewangan Sabah menyokong usaha penambahbaikan dan strategi Qhazanah Sabah, termasuk memastikan setiap perancangan selari dengan dasar kewangan negeri,” katanya.

Kunjungan itu turut membincangkan pembentangan “Arah Strategik dan Hala Tuju Qhazanah Sabah Berhad” bagi memperkukuh peranan agensi dalam ekonomi negeri.