Maut Terjun, Hilux Jatuh Gaung Di Kampung Kopungit

Maut Terjun, Hilux Jatuh Gaung Di Kampung Kopungit

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang penumpang Toyota Hilux maut selepas terjun keluar dari kenderaan pacuan empat roda tersebut apabila ia menjunam 38 meter ke dalam gaung di Jalan Bukit Kopungit, di sini, malam Sabtu.

Polis berkata, kejadian pukul 10.17 malam itu berpunca daripada brek tangan yang dilepaskan sebelum enjin kenderaan dihidupkan.

Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda berkata, siasatan awal mengenal pasti seramai empat mangsa, kesemuanya berusia 60-an.

“Penumpang hadapan sempat melompat keluar manakala pemandu dan dua penumpang di tempat duduk belakang terjunam ke belakang ke dalam gaung.

“Salah seorang penumpang belakang disyaki melompat keluar ketika ianya sedang menjunam dan meninggal dunia.

“Mayatnya ditemui berhampiran lokasi kemalangan dan disahkan meninggal dunia oleh doktor Hospital Queen Elizabeth,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, pemandu dan penumpang dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Kasim berkata siasatan awal mendapati kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu mengawal kenderaannya.

Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

Sentiasa memandu dengan berhati-hati dan patuhi peraturan jalan raya,” nasihat Kasim kepada orang ramai.