150 KIR Lumadan Kena Kuarantin Terima Sumbangan

150 KIR Lumadan Kena Kuarantin Terima Sumbangan

0
SHARE
Serahan bantuan bakul makanan sumbangan ADUN Lumadan, Haji Ruslan Muharam yang diwakilikan oleh PPM DUN Lumadan, Diuslin (kiri) kepada Idris (empat dari kanan), kelmarin...

BEAUFORT, SABAH – Seramai 150 ketua isi rumah (KIR) yang mengikuti tempoh kuarantin telah menerima bantuan bakul makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan, Haji Ruslan Muharam.

Mengulas lanjut, Ruslan berkata, sejak lima hari ini, kenaikan kadar jangkitan seluruh Sabah terus meningkat, termasuklah dalam kawasan Lumadan.

Pihaknya terpanggil untuk memberikan bantuan bakul makanan bagi meringankan beban penduduk kampung yang jauh dan berada di kawasan pedalaman Beaufort…

Dalam kawasan Lumadan, sebanyak lapan kampung terlibat iaitu Kampung Laut Weston, Kg. Ulu Weston, Kg. Manangoh Weston, Kg. Lubok, Kg. Lingkungan, Kg. Lingkungan Tangah, Kg. Maraba dan Kg. Laboi Maraba.

Penyerahan bakul makanan berkenaan diwakili oleh Pegawai Pemimpin Masyarakat (PPM), Diuslin Agostin @ Alin, diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Laut Weston, Idris Hj Ahmad, di sini, kelmarin.

Edaran bakul makan dilaksanakan oleh semua pengerusi JPKK kampung-kampung yang terlibat.

Turut hadir ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) dan kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Lumadan.

Sehubungan itu, Ruslan terus mengingatkan penduduk Lumadan untuk terus patuh kepada SOP.

“Nasihat saya kepada rakyat dalam kawasan Lumadan, berwaspadalah di mana sahaja berada. Semoga kita terhindar dengan jangkitan virus Omicron yg cepat merebak,” ujarnya.

Melihat kepada statistik yang dikeluarkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, kes jangkitan Covid-19 di daerah Beaufort kian meningkat dan hari ini (12 Feb) ialah 136 kes.