KOTA KINABALU, SABAH – Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) adalah sinar yang menyerlahkan Barisan Nasional (BN) pada landskap politik Sabah dan sekaligus di Putrajaya.
Demikian kata Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sambil menambah BN tetap releven dengan rakan komponennya itu terutamanya kepadaTimbalan Presiden PBRS dan juga Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup.
“Kita tentunya belajar daripada pengalaman lalu dan akan memperbaiki kesilapan dan kepercayaan melampau kepada sesebuah organisasi atau individu.
“BN mahu kekal relevan di politik peringkat nasional dan pastinya juga di Sabah,” katanya.
Presiden UMNO itu berkata parti itu mendokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan jika ianya didaftarkan tetapi hanyalah sekadar ‘dokongan’.
“Perhubungan antara rakan parti komponen PBRS bukan ‘prinsip konvensional’ tetapi sesuatu yang termaktub dalam perlembagaan BN.
“Sebuah parti tidak boleh menyertai lebih dari satu parti gabungan,” tambahnya.
Beliau berkata Kerajaan GRS adalah sebuah parti yang mana pada masa sama berada dalam Perikatan Nasional.
“Tetapi sama lebihnya dengan parti komponen BN yang lain, untuk membuat satu kerajaan stabil di Putrajaya nanti,” katanya pada majlis tri-tahunan PBRS di Dewan Hakka sini tengah hari tadi.