Ukraine Guna Mata Wang Bitcoin Biyai Perang Dengan Rusia

Ukraine Guna Mata Wang Bitcoin Biyai Perang Dengan Rusia

0
SHARE

KIEV, UKRAINE – Kiev dilaporkan menggunakan dana hasil sumbangan awam (crowdfunding) dalam bentuk mata wang Bitcoin bagi membiayai peperangan yang mungkin berlaku diantara Ukraine dengan Rusia.

Menurut laporan berita Wion News, firma analitik blockchain Elliptic berkata dalam satu laporan, sumbangan berjumlah beribu-ribu dolar disalurkan ke dalam akaun badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan-kumpulan sukarelawan dengan mencatatkan peningkatan melebihi 900 peratus pada 2021.

Laporan itu juga menyebut bahawa NGO dan kumpulan sukarelawan yang kecewa dengan gejala  rasuah berleluasa dalam agensi-agensi kerajaan telah bertindak sendiri untuk membiayai senjata api dan bekalan ubat-ubatan kepada askar Ukraine.

Ia juga digunakan untuk membangunkan aplikasi pengecaman wajah yang boleh mengenal pasti sekiranya seseorang itu adalah pengintip Rusia.

Menurut Elliptic, penderma menggunakan mata wang Bitcoin untuk menyalurkan dana kepada N2GO-NGO bagi memintas mana-mana institusi kewangan atau bank yang mungkin menyekat pembayaran.

“Elliptic telah mengenal pasti beberapa dompet mata wang kripto yang digunakan oleh kumpulan-kumpulan sukarelawan dan NGO untuk tujuan pembiayaan itu.

“Secara keseluruhan, ia telah menerima dana berjumlah melebihi AS$570,000 (RM2.3 juta) dengan sebahagian besarnya dilakukan pada tahun lepas,” kata laporan tersebut.

Antara pertubuhan yang menerima sumbangan Bitcoin itu termasuk Come Back Alive, sebuah kumpulan yang menyediakan latihan, ketenteraan dan peralatan perubatan serta Myrotvorets Center, yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Ukraine.