APM Berjaya Jerat Ular Tedung Di Dalam Ruang Tamu Rumah

APM Berjaya Jerat Ular Tedung Di Dalam Ruang Tamu Rumah

0
SHARE

KOTA BELUD, SABAH – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menjerat ular tedung sedang berteduh dari terik matahari dalam ruang tamu sebuah rumah di Kampung Kota Belud sini kemarin.

Penghuni, Muhaidi Sumal, 66 tahun, terus membuat panggilan kecemasan MERS 999 sebaik melihat kelibat ular itu menjalar di dalam rumah beliau.

“Saya bimbang perkara tidak diingini berlaku kepada ahli keluarga saya,” katanya.

Squad Bravo APM yang sampai pada 1.12 tengah hari mendapati ular tersebut bersembunyi di bawah sebuah rak.

“Tiga anggota APM berjaya menangkap ular berat 800 gram itu menggunakan penjepit,” kata sumber APM.