KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan rekod jumlah kes tertinggi hari ini dengan 4,106 KES baharu yang juga peningkatan 746 kes berbanding jumlah kelmarin.
Kota Kinabalu daerah yang mencatatkan kes tertinggi di Sabah dengan 1,229 kes iaitu penambahan 447 kes berbanding sebelumnya.
Jurucakap perkembangan situasi COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah itu telah diduga dengan mengambi kira peratusan kes simptomatik yang tinggi.
“Hari ini 681 kes atau 55 peratus kes di Kota Kinabalu adalah daripada kategori simptomatik atau bergejala yang berjangkit secara sporadik.
“Kes simptomatik yang tinggi bermakna virus ini sudah berada dalam komuniti secara meluas dan akan mengakibatkan kes baharu terus melambung tinggi dalam masa terdekat,” katanya.
Hanya daerah Tongod tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini.
Kes bergejala terus merupakan kategori penyumbang utama kes baharu di Sabah dengan 2,252 kes atau hampir 55 peratus daripada keseluruhan jumlah kes.
Masidi berkata peratusan kes simptomatik atau bergejala adalah amat tinggi di daerah yang mencatatkan kes tiga angka seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Papar dan Lahad Datu.
“Tempat-tempat ini merupakan kawasan perbandaran yang padat dengan penduduk dan pusat aktiviti sosial dan aktiviti perniagaan.
“Penduduk yang tinggal di kawasan ini diminta berhati-hati semasa berada dikhalayak ramai atau semasa menghadiri majlis-majlis sosial…
“Elakkan berada di tempat-tempat yang sesak dan patuhi semua prosedur operasi standard (SOP),” tegasnya.
Tidak ada kluster baharu dicatatkan hari ini, namun sejumlah 90 kes datang daripada 10 kluster yang sedia ada. Sehingga kini, terdapat 36 kluster yang masih aktif di seluruh Negeri Sabah.
Sejumlah 4,093 atau 99 peratus daripada 4,101 kes hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat tiga (3) kes dalam Kategori 3, lapan (8) kes dalam Kategori 4 dan tiga lagi (3) kes dalam Kategori 5.
Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes semalam.
Kota Kinabalu 1,229 (782)
Penampang 424 (254)
Sandakan 383 (374)
Tuaran 271 (310)
Tawau 261 (263)
Kota Belud 198 (122)
Lahad Datu 184 (152)
Papar 164 (244)
Beaufort 136 (123)
Ranau 114 (107)
Kota Marudu 104 (96)
Keningau 92 (53)
Semporna 68 (87)
Kudat 60 (29)
Kuala Penyu 57 (61)
Kinabatangan 56 (43)
Beluran 53 (30)
Kunak 51 (44)
Sipitang 48 (26)
Putatan 47 (26)
Telupid 29 (32)
Tenom 28 (32)
Tambunan 18 (11)
Nabawan 14 (22)
Pitas 12 (23)
Kalabakan 6 (6)
Tongod 0 (9)





