Mayat Adik Arlina Akhirnya Ditemui Selepas Empat Hari Pencarian

Mayat Adik Arlina Akhirnya Ditemui Selepas Empat Hari Pencarian

0
SHARE
Bomba
Mayat mangsa terakhir, Arlina Jabar, 9, ditemui berikutan tragedi yang meragut nyawa dua adik-beradik perempuan Isnin lalu ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KENINGAU, SABAH – Mayat Arlina Jabar, 9, ditemui di Lubok Lintong semalam kira-kira 13 kilometer dari mana beliau terjatuh ke dalam Sungai Pegalan berhampiran Kampung Linkudou sini pada Isnin.

Penemuan 6.15 petang itu dibuat orang awam dalam membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) yang berlangsung selama empat hari.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

“Operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 7.30 petang,” kata seorang jurucakap agensi berkenaan usaha membabitkan 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keningau dan Tenom.

Tragedi kira-kira pukul lima petang itu turut meragut nyawa kakak mangsa, Azila Jabar, 12, yang cuba menyelamatkan adiknya yang dikatakan tergelincir masuk ke dalam air.

Mayat Azila ditemui hari berikutnya pada jam 11.36 pagi, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.