Mayat Lelaki Ditemui Dalam Longkang Bundusan, Tiada Unsur Jenayah

Mayat Lelaki Ditemui Dalam Longkang Bundusan, Tiada Unsur Jenayah

0
SHARE

PENAMPANG: Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran sebuah restoran di Jalan Bundusan, kira-kira jam 3.30 petang Isnin.

Polis yang menerima maklumat awam segera ke lokasi dan mendapati mangsa dalam keadaan tertiarap serta terapung. Pasukan forensik dari IPK Sabah turut menjalankan siasatan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Erwansyah Abdul Basir berkata, setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Berdasarkan penilaian awal di lokasi, tiada sebarang unsur jenayah yang dapat dikaitkan dengan kejadian ini setakat ini,” katanya dalam kenyataan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat, manakala identiti serta waris masih dalam proses pengesanan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi dan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pihak polis,” tambahnya.