Tiada Kerosakan Selepas Gegaran Lemah di Ranau, Kundasang

Tiada Kerosakan Selepas Gegaran Lemah di Ranau, Kundasang

0
SHARE

RANAU: Tiada sebarang kerosakan struktur atau kecederaan dilaporkan susulan kejadian gempa bumi lemah yang melanda Pekan Ranau dan Kundasang pada jam 3.02 pagi, Selasa.

Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Ranau menjalankan rondaan pemantauan sekitar premis kedai, bangunan kerajaan dan kawasan tumpuan awam seawal jam 6.35 pagi, dengan keadaan didapati terkawal dan selamat.

Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah berkata, pihak mereka akan terus melakukan pemantauan serta bersiap siaga menghadapi kemungkinan gempa susulan.

“Setakat ini tiada kerosakan atau insiden dilaporkan dan keadaan adalah terkawal,” katanya dalam satu kenyataan media.

Orang awam dinasihatkan supaya kekal tenang, berwaspada serta melaporkan sebarang kerosakan kepada pihak berkuasa.