Mayat Lelaki Ditemui Terbelit Tali Jangkar Kapal di Pelabuhan Tawau

Mayat Lelaki Ditemui Terbelit Tali Jangkar Kapal di Pelabuhan Tawau

0
SHARE

TAWAU: Pasukan bomba membantu mengeluarkan mayat seorang lelaki yang ditemui terbelit pada tali jangkar sebuah kapal di Pelabuhan Pasar Ikan, awal pagi Rabu.

Panggilan kecemasan diterima pada jam 3.35 pagi, dengan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau tiba di lokasi tiga minit kemudian.

Operasi diketuai PBK II Helvin Hilarion bersama bantuan tiga anggota polis.

Pasukan bomba memotong tali menggunakan peralatan khas sebelum menurunkan mangsa dari kapal menggunakan pengusung.

Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa dikenal pasti sebagai Padro Juvie, 40, dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Operasi ditamatkan pada jam 5.01 pagi.