TENOM, SABAH – Lelaki 25 tahun yang dihanyutkan air deras semasa mengambil pukat ikan di Sungai Padas berhampiran SK Kuala Tomani pada Sabtu lalu ditemui lemas pagi tadi.
Pasukan Bomba menemui mayat mangsa, Zali Tun, kira-kira pukul 7.30 pagi dalam jarak satu (1) kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas setelah tiga (3) hari mencari.
Pegawai Operasi, PBK II KUP Saony Saimin berkata, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan di lokasi.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil menambah operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 8:58 pagi tadi.