PM Menghadap Raja Kemboja

PM Menghadap Raja Kemboja

0
SHARE
Anwar
Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertempat di Istana Diraja Kemboja ( Sumber Foto: Laman media sosial rasmi Facebook Perdana Menteri )

KUALA LUMPUR – Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni, berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertempat di Istana Diraja Kemboja sempena lawatan rasmi sulungnya ke negara terbabit.

Memetik sumber Bernama, Anwar menerusi hantaran di Facebook semalam memaklumkan, beliau menyampaikan hasrat kerajaan Malaysia untuk terus memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara yang terjalin sejak 66 tahun lalu.

Perdana Menteri turut mengadakan kunjungan ke atas Presiden Senat Kemboja, Say Chhum, dan Presiden Dewan Rakyat Kemboja, Heng Samrin dan bertukar-tukar pandangan.

“Dalam kepadatan jadual, saya sempat menyantuni diaspora Malaysia dalam satu majlis di Kedutaan Malaysia di Phnom Penh selain menyampaikan hasrat kerajaan agar kebersamaan dan kesepaduan terus dituntut meski berada di luar negara,” katanya.

Anwar semalam tiba di Kemboja untuk lawatan rasmi sehari bagi memperkukuh lagi hubungan dan kerjasama dua hala yang terjalin antara Malaysia dan negara itu sejak 1957.

Lawatan rasmi dan sulung Perdana Menteri ke negara itu adalah atas undangan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.