Mayat Warga Emas Ditemui Terapung

Mayat Warga Emas Ditemui Terapung

0
SHARE

KOTA BELUD, SABAH – Mayat seorang warga emas lelaki ditemui terapung di sungai Kampung Gaur oleh penduduk kampung pada tengah hari Jumaat.

Mangsa berusia 83 tahun itu dipercayai menjala ikan sebelum ditemui meninggal dunia dalam kejadian kira-kira satu tengah hari itu.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan telah menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada pukul 1.15 tengah hari.

Seramai enam anggota bomba daerah digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terapung.

“Pasukan bomba kemudian mengangkat mayat mangsa ke tepi sungai berkenaan,” kata seorang jurucakap agensi.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 2.40 petang.