MAYOR DBKK BERI TAKLIMAT PELBAGAI PELAN STRATEGIK BANDAR KEPADA KETUA MENTERI

MAYOR DBKK BERI TAKLIMAT PELBAGAI PELAN STRATEGIK BANDAR KEPADA KETUA MENTERI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pasukan Pengurusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memberi taklimat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengenai pelbagai pelan strategiknya untuk bandar raya itu, mulai tahun depan.

Taklimat itu disampaikan oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip yang mengetuai rombongan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Antara kertas kerja yang dibentangkan kepada Ketua Menteri ialah Pelan Strategik Pelancongan Bandaraya Kota Kinabalu (2022-2026) dan Pelan Strategik DBKK (2022-2027).

Yang turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri, Datuk Rosmadi Sulai.