MENJALIN HUBUNGAN DUA HALA DENGAN AZERBAIJAN

MENJALIN HUBUNGAN DUA HALA DENGAN AZERBAIJAN

0
SHARE
Hajiji
Hajiji menyelak buku berkaitan Azerbaijan oleh Irfan ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Republik Azerbaijan berminat untuk menjalin hubungan perdagangan dua hala dengan Sabah.

Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Azerbaijan ke Malaysia, Irfan Davudof berkata demikian ketika bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Pengeluar minyak dan gas asli, Azerbaijan, terletak di sempadan Eropah Timur
dan Asia Barat, juga merupakan destinasi pelancongan yang terkenal.

Davudof diiringi oleh Setiausaha Pertama Kedutaan Azerbaijan, Sabnam Karimova.