MENTERI PENDIDIKAN DIPUJI SELEPAS RESPON VIDEO PELAJAR MEMBAWA BUKU BERLEBIHAN

MENTERI PENDIDIKAN DIPUJI SELEPAS RESPON VIDEO PELAJAR MEMBAWA BUKU BERLEBIHAN

0
SHARE
Tangkap layar video yang tular di Tiktok menunjukkan seorang pelajar menangis kerana terpaksa membawa buku yang banyak di dalam beg...

KUALA LUMPUR – Satu video telah tular di aplikasi Tiktok menunjukkan seorang pelajar menangis kerana terpaksa membawa buku yang banyak ke sekolah.

Bagaimanapun, video yang dikongsi oleh akaun TikTok yang bernama @SAA itu juga mendapat reaksi pelbagai netizen, termasuklah Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Difahamkan salah seorang netizen @En Hijau telah memetik nama akaun peribadi TikTok Dr Radzi dan meminta menteri tersebut untuk meneliti isu buku sekolah yang berlebihan yang terpaksa dibawa oleh para pelajar sekolah rendah.

“@radzi jidin #1 minta dato pantau sikit bab buku sekolah berlebihan anak-anak sekolah rendah…kesian kat diorg,” kata netizen tersebut.

Tidak lama kemudian, Dr Radzi juga membalas di ruangan komen, “Okay saya akan cuba sampaikan (isu tersebut) untuk dia.”

Sementara itu rata-rata netizen juga memberi pelbagai reaksi terhadap video tersebut dan juga memuji Dr Radzi yang juga memberi respond tentang isu tersebut.

“Menteri contoh tetbaik..terus reply aduan,” kata seorang netizen yang memuji respond Dr Radzi di ruangan komen video tersebut.

“Kesian kan. Buku tulis, buku teks, buku aktiviti, kadang-kadang satu matapelajaran sampai empat buku tulis. Cuba bayangkan kalau sehari ada lapan subjek,” kata salah satu akaun bernama @isma4U.

“Kesian dengar tangisan dia minta simpati kepenatan tu.. dekat Malaysia je ke yg macam ni buku bertimbun.. luar negara tidak membebankan sampai macam ni pun,” kata @deelaruz.

“Teringat masa saya sekolah dulu..Berat juga beg kena angkat.. sampai ada juga yang tertinggal.. pasrah saja kalau cikgu rotan, sebab tidak larat nak bawa berat sangat,” kata @xiidoraekin.

Berikut adalah beberapa lagi komen netizen berhubung isu bebanan beg sekolah pelajar ketika ini;