Mesir Temui Medan Gas Besar Di Laut Mediterranean

Mesir Temui Medan Gas Besar Di Laut Mediterranean

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KAHERAH – Mesir menemui medan gas yang besar di blok Nargis, timur Mediterranean, kata Menteri Petroleum dan Sumber Mineral, Tarek El Molla pada Sabtu baru-baru ini.

Penilaian terhadap penemuan itu masih lagi diteruskan bagi menentukan simpanan gas di situ, katanya semasa memberi taklimat kepada jawatankuasa Parlimen negara itu.

Memetik laporan Reuters, Nargis adalah satu daripada empat blok penerokaan luar pesisir, di mana Chevron memegang kepentingan operasi di Mesir, bersama syarikat Tharwa Petroleum, menurut maklumat yang terdapat di laman sesawang Chevron.

Kajian Ekonomi Timur Tengah melaporkan bulan lalu bahawa telaga baru itu dipercayai mempunyai gas sebanyak 3.5 trilion kaki padu.

Bagaimanapun, pegawai Mesir enggan mengesahkan butir-butir penemuan berkenaan.

Penemuan itu boleh memberikan rangsangan kepada usaha Mesir untuk meletakkan negara itu sebagai hab tenaga di timur Medditerranean, berikutan pengumuman pada 2015 mengenai penemuan Eni, medan gas besar Zohr.