Mesyuarat Agung Khas, AJK Baharu Parti Gemilang Anak Sabah Tidak Sah Kata...

Mesyuarat Agung Khas, AJK Baharu Parti Gemilang Anak Sabah Tidak Sah Kata Presiden

0
SHARE

KOTA KINABALU: Presiden merangkap pengasas Parti Gemilang Anak Sabah (GAS), Datu Mohd Sayadi Bakal, menegaskan Mesyuarat Agung Khas parti itu yang diadakan baru-baru ini adalah tidak sah.

Beliau berkata, minit mesyuarat, pembentukan Ahli Jawatankuasa (AJK) baharu serta cadangan pindaan perlembagaan yang dibentangkan bercanggah dengan Perlembagaan Parti.

“Hanya AJK yang sah dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sahaja diiktiraf.

“Tiada pihak dibenarkan menggunakan nama atau jawatan parti tanpa pengesahan rasmi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, GAS akan terus berpegang teguh pada perjuangan memperjuangkan perubahan kepimpinan negeri Sabah serta mengembalikan hak rakyat di tempatnya.

Baru-baru Ini dilaporkan beberapa pemimpin utama parti yang baharu ditubuhkan tersebut telah dipecat kerana menyalahgunakan kedudukan dengan meminta wang sehingga RM700 daripada bakal calon.