MHO Gesa Pembaharuan Dasar MyKAS, Isu ‘Stateless’ Sabah Semakin Membimbangkan

MHO Gesa Pembaharuan Dasar MyKAS, Isu ‘Stateless’ Sabah Semakin Membimbangkan

0
SHARE

KOTA KINABALU: Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO) menggesa kerajaan Persekutuan menyemak semula dasar MyKAS kerana syarat sedia ada didakwa terlalu ketat sehingga menyebabkan ramai individu tanpa kewarganegaraan di Sabah terus tidak memiliki dokumen pengenalan sah.

Penyelaras MHO Sabah, Jerry Jaimeh berkata mekanisme MyKAS tidak perlu digantikan, sebaliknya perlu ditambah baik supaya lebih inklusif terhadap mereka yang mempunyai hubungan jelas dengan Malaysia.

Dokumen sudah ada, tetapi syarat terlalu ketat. Ramai yang sepatutnya layak tersisih kerana teknikaliti,” katanya.

Beliau berkata syarat seperti keperluan sijil kelahiran menyebabkan ketidakseimbangan status dalam keluarga, khususnya kes melibatkan dokumen IMM13 yang dibekukan sejak 2013.

Dalam pada itu, beliau memberi amaran kesan jangka panjang jika isu ini tidak diselesaikan.
“Dalam 10 hingga 20 tahun, kita akan ada generasi tanpa pendidikan dan peluang. Ketika itu masalah sosial akan muncul,” katanya.

Jerry turut berkata ramai tidak boleh dihantar pulang kerana tiada negara asal yang mengiktiraf mereka.

“Anda boleh menahan mereka, tetapi anda tidak boleh menghantar mereka pulang,” katanya.

MHO dijangka mengemukakan memorandum kepada Putrajaya bagi mendesak pembaharuan dasar MyKAS.