Minta Wang Rasuah, Pegawai Sebuah Badan Berkanun Persekutuan Ditahan SPRM Sabah

Minta Wang Rasuah, Pegawai Sebuah Badan Berkanun Persekutuan Ditahan SPRM Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah menahan seorang pegawai dari salah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah sebuah kementerian kerana dipercayai meminta wang rasuah berjumlah kira-kira RM22,000 daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan supaya syarikat itu diberikan kerja-kerja berkaitan pembersihan tanah.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 33 tahun yang sebelum ini pernah bertugas di sebuah daerah di Sabah ditahan di pejabat SPRM Kota Kinabalu, Sabah kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Tambahnya, suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah dalam masa terdekat.