Motosikal Terbabas, Dipercayai Bapa Dan Anak Terjatuh Di Atas Jalan Raya

Motosikal Terbabas, Dipercayai Bapa Dan Anak Terjatuh Di Atas Jalan Raya

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak terjatuh setelah motosikal yang ditunggang seorang individu yang dipercayai bapanya telah terbabas dalam kejadian berhampiran Endah Parade, Sri Petaling di sini, hari ini.

Berdasarkan rakaman video tular di laman media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal yang dipercayai cuba mengubah haluan sebelum motosikal yang ditunggangnya terbabas.

 

 

Ketika kejadian terbabit berlaku, seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai duduk di bahagian tempat duduk hadapan motosikal telah terjatuh di atas jalan.

Walau bagaimanapun, keadaan penunggang motosikal terbabit masih belum dapat dipastikan sehingga kini.