MUDA Sabah Gesa Kerajaan Laksanakan RUU Anti Lompat

MUDA Sabah Gesa Kerajaan Laksanakan RUU Anti Lompat

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Parti MUDA Sabah mengesa kerajaan untuk membahaskan dan melaksanakan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada sidang DUN yang akan datang pada bulan Mac.

Pengerusinya, Amos Thien berkaya rakyat ketika ni mulai muak dan kecewa akan tindakan oleh sesetengah wakil rakyat yang kerap melompat parti.

“Isu melompat parti in telah menjadi suatu kebiasaan dan kini dijadikan sebagai satu budaya oleh wakil-wakil rakyat dan pemimpin di Sabah yang mana ianya menjurus kepada impak serta imej yang negatif terhadap Sabah dan rakyatnya.

“MUDA Sabah mengesa kepada semua generasi muda untuk tidak menyokong serta tidak mengikuti budaya sebegini. Parti Pollik yang lain harus memilih calon wakil rakyat dengan baik untuk mengelakkan individu tersebut melompat parti .

“Kerajaan Sabah harus mempertimbangkan peruntukan kewangan ADUN dengan sama-rata. Ini akan mengurangkan ketidakstabilan pergolakkan politik.

“Rakyat Sabah berhak untuk melihat danmankmati suasana politik yang stabil bagi perkembangan ekonomi yang lebih baik dan bukannya dihukum atas dasar pithan individu sewaktu Pilihan Raya,” katanya.

Tambahnya, ketidakstabilan politik hanya akan menimbulkan keburukan dan tidak memberi kebakan serta faedah kepada rakyat.

“Ini masanya untuk bekerja,” katanya.