MYVI DIHANYUTKAN BANJIR, MANGSA KEDUA AKHIRNYA DITEMUI

MYVI DIHANYUTKAN BANJIR, MANGSA KEDUA AKHIRNYA DITEMUI

0
SHARE
Mangsa ditemui berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Pomotodon, Inanam...

KOTA KINABALU, SABAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kedua yang hilang telah ditemui hari ini iaitu hari keempat misi pencarian hasil kerjasama Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), RELA dan orang kampung berhampiran.

Mayat terakhir Simon Sanga Tupe, 68, dikatakan ditemui dalam keadaan ditimbuni tanah yang dibawa oleh air banjir di sungai Kampung Dambai kira-kira 12 kilometer daripada lokasi kejadian (jambatan).

Terdahulu pada Sabtu, mayat penumpang Juning Maturun, 37, terlebih dahulu ditemui pada ruang pemandu kenderaan yang ditarik keluar, kira-kira 400 meter daripada tempat asal kejadian sekitar pukul 11 pagi.

Pada 3.30 petang hari yang sama, penduduk berhampiran tempat kejadian di Kampung Pomotodon menjumpai dokumen milik Simon yang menyangkut pada reban ayam terletak di di Kampung Pomotodon.

Sumber Foto: NSTP…

Kereta yang dinaiki kedua mangsa tersebut, yang dipandu oleh Simon yang remuk juga telah ditemui oleh orang awam 200 meter daripada lokasi kejadian pada jam 7.20 pagi 4 September di sungai yang sama.

Keadaan kenderaan MYVI yang dibawa keluar daripada sungai…

Insiden yang membawa kepada perkhabaran dukacita ini setelah tular satu rakaman video pada jam 6.45 petang (3 Sept) yang menunjukkan sebuah kenderaan jenis Perodua MYVI dihanyutkan air deras banjir ketika cuba menyeberangi jambatan di Jalan Kionsom Lama.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VIDEO tular yang menunjukkan kenderaan jenis Myvi berwarna putih dipandu mereda jalan yang dinaiki air sungai telah ditolak dan di bawa arus deras anak sungai…