Op Ehsan, Polis Selamatkan 56 Mangsa Pengemis

Op Ehsan, Polis Selamatkan 56 Mangsa Pengemis

0
SHARE

SHAH ALAM – Polis Selangor telah menyelamatkan 56 mangsa eksploitasi sindiket pengemis dalam Op Ehsan yang bermula Julai lalu hingga semalam.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor dipetik berkata bahawa dalam operasi yang dijalankan di 24 lokasi tumpuan di seluruh Selangor itu pihaknya turut menahan 52 suspek dipercayai anggota sindiket pengemis dan pengemis.

“Kesemua mangsa yang diselamatkan telah ditempatkan di rumah perlindungan sementara menunggu perbicaraan berlangsung, mereka ini turut kami jadikan saksi dalam pendakwaan anggota sindiketyang ditahan.

“Sejak operasi bermula hingga hari ini sebanyak 14 kes telah dituduh di mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat PolisKontinjen Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata, anggota sindiket dan pengemis yang ditahan berusia antara lapan dan hingga 50-an.