PANTAS Dilaksana Di Zon Turuntungon Libatkan Lapan Kampung

PANTAS Dilaksana Di Zon Turuntungon Libatkan Lapan Kampung

0
SHARE
Joachim
Joachim (empat dari kiri) bergambar kenangan dengan semua yang hadir dalam sesi taklimat PANTAS di Balai Raya Kampung Pinawantai ( Sumber Foto: Ihsan KKTP Sabah )

RANAU, SABAH – Pengukuran Program Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) akan dilaksanakan di Zon Turuntungon melibatkan lapan buah kampung.

Timbalan Ketua Menteri II yang juga ADUN Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam menghadiri sesi taklimat yang diadakan berkenaan pelaksanaan projek tersebut, semalam di Balai Raya Kampung Pinawantai.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Tarawas, Kampung Pahu Pinawantai, Kampung Pinawantai, Kampung Turuntongon, Kampung Monggis, Kampung Togop Laut, Kampung Togop Darat dan Kampung Daramakon.

Taklimat itu dihadiri seramai 800 orang penduduk dari lapan kampung termasuklah kampung Ketua-ketua Kampung, ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), penduduk kampung serta warga kerja Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang.

Mereka diberikan pencerahan oleh pihak Pejabat Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Jaidi Gulis, dan Penolong Pengarah Juru ukur Pantai Barat (Utara), Quzaimi Hassan.

Joachim berkata, hasil daripada sesi taklimat tersebut, satu jawatankuasa khas PANTAS akan dibentuk di setiap kampung.

“Setiap kampung perlu ada wakil bersama dengan ketua kampung ini bagi memudahkan proces permohonan di pejabat PPHT,” katanya.

Menurutnya, program PANTAS adalah kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah permohonan tanah oleh penduduk di kawasan ini (Zon Turuntungon) kerana banyak permohonan tanah bertindih sehingga mengakibatkan kesukaran bagi Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) memproses permohonan mereka.

“Untuk makluman, pelaksanaan PANTAS sudah dilksanakan di empat Zon di Ranau,” katanya.

Turut hadir Setiausaha politik I dan II Kementerian, Datuk Jonnybone Kurum dan Yubidi Gompoyo; Pegawai Pemimpin Masyarakat (PPM), Dounis Sani dan Ketua Daerah Ranau, Dominic Ganie.

Sesi taklimat terbabit diadakan dengan kerjasama UPPM Kundasang.