Pasar Inanam Diharap Menjadi Contoh Di Kota Kinabalu

Pasar Inanam Diharap Menjadi Contoh Di Kota Kinabalu

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Bangunan Pasar Pekan Inanam dicalonkan dalam Kempen Pasar Awam Bersih Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Tahun 2022 Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Mayor Bandaraya Datuk Noorliza Awang Alip berkata program anjuran Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tersbut diadakan selama sebulan sejak 23 Jun lalu bagi memastikan kebersihan dan keteraturan Pasar Pekan Inanam.

‘Skop pembersihan termasuklah pembersihan parit di dalam dan luar bangunan pasar dan keteraturan dalam pasar…

“DBKK mengucapkan terima kasih kepada semua penjaja Pasar Pekan Inanam, agensi-agensi luar dan Jabatan DBKK yang terlibat dalam menjayakan program-program tersebut,” katanya.

Beliau berharap objektif kempen ini tercapai dan seterusnya menjadikan Pasar Pekan Inanam sebagai salah satu pasar contoh di bandar raya Kota Kinabalu.