PBRS Nyatakan Sokongan Penuh Kepimpinan Hajiji

PBRS Nyatakan Sokongan Penuh Kepimpinan Hajiji

0
SHARE
Arthur
Presiden PBRS, Datuk Arthur Kurup (kanan) berjabat tangan bersama Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor ( kanan ) - ( Sumber Foto: Ihsan PBRS )

KOTA KINABALU, SABAH – Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyatakan sokongan penuh kepada kerajaan negeri yang dipimpin Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Presiden PBRS, Datuk Arthur Kurup dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata sebagai tanda sokongan, pihaknya juga akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan agenda pembangunan Sabah dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia.

“Sokongan kami masih kekal dan tidak berubah sejak Ketua Menteri diberikan
mandat untuk menerajui pentadbiran Sabah pada tahun 2020.

“Pendirian ini juga merupakan manifestasi terhadap kecemerlangan kepimpinan Ketua Menteri khususnya dalam memastikan kestabilan politik dan perpaduan di Sabah terus terjamin.

“Keutamaan kita adalah untuk memastikan agenda pembangunan dan pertumbuhan
ekonomi Sabah terus meningkat di samping berusaha untuk memastikan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dapat diselesaikan dengan segera demi kebaikan rakyat Sabah,” katanya.