Peguam Bijak Fokus Kepada Isu, Bukannya Merapu – Presiden SAMORA

Peguam Bijak Fokus Kepada Isu, Bukannya Merapu – Presiden SAMORA

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Peguam yang bijak patut fokus kepada isu dan bukannnya merapu kata Presiden Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA), Datuk Dr Jelani Hamdan, berkenaan isu mengelilingi hujah peguam Marcel Jude.

Marcel telah mewakili Philip Among di makhamah pada 10 Jun di mana dia telah menyamakan pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau dengan sebuah “pameran lembu eksotik”.

Sumber foto dipetik daripada portal berita tempatan – Ini Sabah Bah…

Beliau mengatakan peserta dalam pertandingan itu tergolong dalam projek yang mendiskriminasi bentuk badan, rupa dan warna kulit wanita mengakibatkan mereka (peserta) terpaksa akur pada taraf kecantikkan ditetapkan oleh sesetengah pihak.

Philip Among pula kini berdepan LIMA (5) kes cabul sewaktu menjadi penganjur pada pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau Mei lalu.

“Kebebasan bersuara, berhujah dalam mahkmah adalah dijamin tetapi jangan melangkaui batasan,” kata Jelani.

“Isu yang Peguam Marcel Jude harus fokus pada masa itu ialah bagaimana mendapatkan perintah jaminan pengeluaran anak guamnya dari tahanan reman dan tidak lebih dari itu…

“Hujahan dalam fasa tersebut tak perlulah pusing sana sini. Beliau (Marcel) boleh merapu semasa pendengaran penuh kes ini tapi itu pun janganlah menyentuh sensitiviti etnik kaum Sabah!,” tambahnya.

Hujahan Marcel yang membela anak guamnya Philip Among tular di laman media sosial Facebook…

Jelani berpendapat mereka yang teraniaya secara langsung, termasuk Penganjur Unduk Ngadau, peserta-peserta dan persatuan yang berkaitan dengannya berhak menyaman Marcel.

“Saman juga boleh diteruskan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana kenyataan beliau yang menyebabkan kemarahan oleh sesuatu kaum atau kaum-kaum tapi laporan polis diperlukan terlebih dahulu.

“Sebagai seorang yang pernah jadi Pengerusi Penganjur Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2000 dan beberapa kali dijemput sebagai juri dalam Pertandingan Unduk Ngadau peringkat Negeri dan daerah, saya amat terasa dan terkesan dengan hinaan beliau.”

Tular foto di media sosial netizen menyindir isu berkenaan hujahan seorang Peguam kontroversi yang cuba membela anak guamnya…

Katanya suku kaum Rungus yang mempunyai pertandingan pertandingan ratu cantik tradisi mereka sendiri ‘Mitarab Gimpuhut Momogun Rungus’, secara langsung terkesaan dengan “hinaan” Marcel Jude.

“Kepada kaum Momogun Rungus saya menyeru agar bangkit menentang dan mengutuk hinaan ini…

“Kumpulan peguam kami sedang mengkaji bentuk tindakan perundangan yang akan diambil termasuklah kes jenayah, sivil, mahkamah anak negeri dan pengemukaan tindakan disiplin di peringkat Persatuan Undang-Undang Sabah,” ulas beliau.