PGA Rampas 1,698 Karton Rokok Seludup Di Rumah Sarang Burung Walit

PGA Rampas 1,698 Karton Rokok Seludup Di Rumah Sarang Burung Walit

0
SHARE

LAHAD DATU, SABAH – Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah merampas sejumlah 1,698 karton rokok seludup bernilai RM314,879 dalam serbuan ke atas sebuah rumah sarang burung walit di Jalan Payang di sini, semalam.

Pasukan khas perisikan Batalion 17 Lahad Datu turut menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 22 tahun dalam insiden jam 6.45 petang berkenaan.

Operasi dijalankan atas arahan Pegawai Pemerintan Batalion 17 PGA Lahad Datu, Superintendan Rejab Ahad Ismail.

Pegawai Pemerintan Batalion 17 PGA Lahad Datu, Superintendan Rejab Ahad Ismail…

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata berdasarkan maklumat risikan, serbuan tersebut dijalankan dalam Op Kontraban.

Katanya hasil pemeriksaan menemui beberapa plastik dan kotak berisi rokok seludup pelbagai jenis.

“Semua rampasan rokok dan tangkapan di bawa ke Balai Polis Lahad Datu untuk tindakan lanjut…

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Abduh menyeru masyarakat supaya memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang kepada pihak polis.