Individu Lengkap 2 Dos Boleh ‘Dine-In’, Rentas Daerah Bermula Selasa Ini

Individu Lengkap 2 Dos Boleh ‘Dine-In’, Rentas Daerah Bermula Selasa Ini

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Individu yang sudah lengkap menerima dua (2) dos vaksinasi dibenarkan untuk makan di restoran (dine-in) dan melakukan perjalanan rentas daerah bermula Selasa (10 Ogos) ini, demikian menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang menyampaikan pengumuman khas Perdana Menteri berkenaan kemudahan bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap hari ini.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa kebenaran kedua-dua perkara itu hanya untuk mereka yang menetap di negeri yang sudah berada di bawah FASA DUA dan seterusnya dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Dine-in ini memberi risiko amat tinggi kerana pelitup muka dibuka ketika makan dan berbual bersama rakan ketika makan dimeja dan ini mendedahkan jangkitan…

“Saya nasihatkan orang ramai ‘dine-in’ bila perlu saja dan tidak meluangkan masa terlalu lama. Pilihlah premis yang mempunyai sistem pengudaraan baik,” kata beliau.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan pengumuman khas Perdana Menteri berkenaan kemudahan bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap hari ini…

Tambah beliau, individu yang ingin melakukan perjalanan merentas daerah hendaklah menunjukkan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 kepada petugas keselamatan di Sekatan Jalan Raya (SJR) yang menunjukkan mereka sudah menerima vaksinasi lengkap.