KUALA LUMPUR – Solat di masjid dan surau kini dibenarkan kepada individu yang lengkap dua dos vaksin bermula Selasa (10 Ogos) ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika menyampaikan pengumuman khas Perdana Menteri berkenaan kemudahan bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap, hari ini berkata, kebenaran itu hanya untuk mereka yang sudah DUA (2) minggu atau 14 hari selesai melengkapkan vaksin Sinovac, Pfizer atau AstraZeneca atau selepas 28 hari selesai menerima vaksin satu dos, Johnson & Johnson dan CanSino.

“Pihak masjid dan surau perlu pastikan SOP berkaitan protokol kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan juga pastikan jemaah terus pulang selepas selesai solat…
“Jemaah yang hadir untuk menunaikan solat mesti menunjukkan kepada petugas masjid dan surau sijil digital vaksinasi COVID-19 (digital certificate COVID-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu itu sudah menerima vaksinasi lengkap,” jelas beliau.