Kerajaan Benarkan Aktiviti Sukan Dan Riadah Kepada Individu Lengkap Vaksin

Kerajaan Benarkan Aktiviti Sukan Dan Riadah Kepada Individu Lengkap Vaksin

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan turut dibenarkan kepada individu yang lengkap menerima vaksinasi di negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.

“Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah dibenarkan selaras dengan kebenaran dine-in. Pemilik premis perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 yang menunjukkan bahawa individu itu sudah menerima vaksinasi lengkap,” kata beliau.

Walau bagaimanapun, operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis ‘club house’ adalah tidak dibenarkan kerana bagi mengelakkan berlakunya perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan.

Jelas beliau, aktiviti riadah dibenarkan itu kata Muhyiddin adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.