KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan aktiviti pelancongan dalam negeri bagi negeri FASA DUA Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan seterusnya, dibenarkan membabitkan aktiviti di homestay dan hotel, bermula Selasa (10 Ogos) ini.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pengumuman khas Perdana Menteri berkenaan kemudahan bagi individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap, hari ini.
Menurutnya, pengusaha homestay dan hotel perlu memastikan mereka yang ingin memasuki premis mesti menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19, yang membuktikan mereka menerima vaksinasi lengkap.