KKM Laksana Pemanjangan Waktu Operasi Klinik Kesihatan Seluruh Negara

KKM Laksana Pemanjangan Waktu Operasi Klinik Kesihatan Seluruh Negara

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) bakal melaksanakan pemanjangan Waktu Operasi Selepas Waktu Pejabat di 52 klinik kesihatan di seluruh negara.

Menurut laman Facebook KKM, langkah terbabit bertujuan bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital.

Katanya, waktu operasi klinik itu akan dipanjangkan dari jam 5 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan jam 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hari Sabtu.

“Bagi Negeri Kedah, Kelantan dan Johor, waktu operasi pada hari Ahad hingga Khamis dari jam 5 petang hingga 9.30 malam dan 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hari Sabtu,” katanya.

KKM menjelaskan, perkhidmatan itu tidak dilaksanakan pada hari Jumaat, bagi negeri Kedah, Kelantan, dan Johor manakala Ahad bagi negeri lain, serta pada cuti umum.

“Bagaimanapun, waktu operasi dan hari bekerja akan disesuaikan mengikut keperluan setempat,” katanya.

Klinik yang terbabit dalam tindakan itu adalah lima buah klinik di Kedah (KK Alor Setar, KK Kulim, KK Sungai Petani, KK Kuah dan KK Padang MatSirat); Perlis (KK Kuala Perlis, KK Kangar); Pulau Pinang (KK Bayan Baru, KK Seberang Jaya) dan Perak (KK Tapah, KK Teluk Intan, KK GreenTown, KK Kamunting, KK Taiping, KK Setiawan, KK Tanjung Malim).

Di Selangor (KK Ampang, KK Kajang, KK Taman Medan, KK Seksyen 19, KK Bandar Botanik, KK Taman Ehsan); dan Kuala Lumpur serta Putrajaya (KK Kuala Lumpur, KK Presint 9).

Negeri Sembilan (KK Port Dickson, KK Bahau, KK Seremban); Johor (KK Mahmoodiah, KK Sultan Ismail, KK Bandar Mengkibol, KK Batu Pahat, KK Kulai Besar); dan Melaka (KK Masjid Tanah, KK Alor Gajah, KK Jasin, KK Merlimau, KK Ayer Keroh, KK Peringgit).

Di Pahang (KK Kesihatan Bandar) dan Kelantan (KK Bandar Kota Bharu).

Di Sabah (KK Inanam, KK Luyang, KK Menggatal, KK Lahad Datu, KK Penampang, KK Putatan, KK Sandakan, KK Tawau) dan Sarawak (KK Jalan Masjid, KK Bintulu, KK Jalan Lanang).