Pelancong China Dakwa Telefon Pintar Dicuri Kanak-Kanak Tanpa Dokumen

Pelancong China Dakwa Telefon Pintar Dicuri Kanak-Kanak Tanpa Dokumen

0
SHARE
Phone
Seorang kanak-kanak dikatakan tanpa dokumen memegang telefon bimbit yang dicuri di Kota Kinabalu ( Sumber Foto: Xiaohongshu )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang warganegara China baru-baru ini mengisahkan indisiden kecurian telefon bimbitnya oleh kanak-kanak yang dikatakan tidak berdokumen di sebuah kedai baju terpakai di sini.

Pengguna @630815443 pada media sosial dan platform e-dagang popular China, Xiaohongshu, berkata dia dan rakannya sedang meneroka pasaran pakaian terpakai yang popular itu apabila kejadian berlaku.

“Apabila keluar dari bilik ganti, saya mendapati telefon bimbit saya hilang dan mendapati dua orang kanak-kanak tersenyum kepada saya ketika sedang mencari,” tulis pengguna itu.

Menyedari apa yang telah berlaku, rakan mangsa dengan pantas menggunakan aplikasi “Find My” untuk menjejak lokasi telefon yang dicuri.

Aplikasi itu membawa mereka 50 meter jauhnya di mana mereka ternampak dua kanak-kanak kecil sama yang cuba bergaul dengan orang ramai.

“Kami melihat dua kanak-kanak itu berlari di tepi jalan dan segera mengejar mereka.

“Saya berlari pantas untuk mengejar salah seorang kanak-kanak itu dan memegang kolarnya.

“Kanak-kanak lelaki itu ketakutan dan mula menangis dengan kuat. Dia kemudian mengeluarkan telefon rakan saya dari poketnya. Pada ketika itu, saya berasa lega.

“Nasib baik, telefon itu masih berada di dalam poketnya. Tetapi ketika itu, rakannya sudah melarikan diri,” katanya.

Kekecohan itu menarik perhaian orang ramai yang tampil menghulurkan bantuan.

“Kami diberitahu bahawa kanak-kanak ini tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan diketahui kerap mencuri di kawasan ini,” tambahnya.

Netizen memuju pemikiran pantas rakan mangsa mereka dan kecelikan menggunakan aplikasi “Find My”.

Orang ramai pula turut tidak ketinggalan menyatakan kebimbangan mengenai penglibatan berulang kanak-kanak terbabit dalam kes kecurian.