Peluang Untuk Orang Ramai Dapatkan Vaksin COVID-19 Secara Walk-In Di PPV Tawau

Peluang Untuk Orang Ramai Dapatkan Vaksin COVID-19 Secara Walk-In Di PPV Tawau

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

TAWAU, SABAHEMPAT (4) Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah ini bakal membuka peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan vaksin COVID-19 secara ‘walk-in’ (jumpa terus), menurut Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran.

Beliau berkata pemberian vaksin tanpa janji temu itu disediakan di PPV Dewan Masyarakat Tawau, PPV IPG Balung dan PPV Dewan Merotai, manakala di PPV Dewan Kampung Jawa bermula 10 September ini.

“Sejumlah 10,000 dos vaksin COVID-19 disediakan setiap hari di Tawau secara janji temu dan jumpa terus. Penduduk perlu memanfaatkan vaksinasi jumpa terus ini misalnya di PPV Dewan Masyarakat Tawau yang kita menyediakan 3,000 dos vaksin pada setiap hari ini,” katanya kepada pemberita semalam.

Dr G Navindran…

Sementara itu, Dr Navindran tiga kes positif COVID-19 varian Delta di kesan masing-masing membabitkan dua individu di Tawau dan seorang di Kalabakan selepas sampel yang dihantar didapati positif varian itu pada minggu lepas.

“Kes di Kalabakan membabitkan seorang pekerja ladang sawit dalam Kluster Agathis, manakala kes di Tawau melibatkan dua individu dari Kuala Lumpur  mahu melawat keluarga di sini, namun dikesan bergejala setibanya di Lapangan Terbang Tawau dan seterusnya di kuarantin,” katanya.

Ketiga- tiga pesakit itu kini dalam fasa sembuh dan tidak menghidapi sebarang komplikasi kerana telah menerima suntikan vaksin COVID-19.