VIDEO TULAR MYVI DIHANYUTKAN BANJIR, DOKUMEN MILIK MANGSA YANG HILANG DITEMUI

VIDEO TULAR MYVI DIHANYUTKAN BANJIR, DOKUMEN MILIK MANGSA YANG HILANG DITEMUI

0
SHARE
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan pada hari ketiga bagi mengesan mangsa yang masih hilang membabitkan kenderaan jenis MYVI yang dihanyutkan air deras banjir pada Jumaat baru-baru ini...

KOTA KINABALU, SABAH – Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui dokumen milik salah seorang mangsa yang masih hilang dalam satu kejadian membabitkan Perodua Myvi hanyut dibawa arus deras banjir di Sungai Kionsom, semalam.

Dokumen berkenaan ditemui oleh penduduk kampung yang mana tersangkut di reban ayam kira-kira jam 3.30 petang di Kampung Pomotodon.

Sumber Foto: NSTP…

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi, berkata sebaik menerima maklumat awam, pasukan operasi terus ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan.

“Pasukan mencari dan menyelamat terus menjalankan operasi di sekitar kawasan penemuan itu namun masih gagal menemui mangsa…

“Pasukan bomba meneruskan lagi operasi hari ketiga di sepanjang sungai ini bagi mengesan sebarang petunjuk ataupun mangsa,” katanya ketika ditemui selepas memberi taklimat kepada anggotanya sebelum memulakan operasi, hari ini.

Menurut Agustavia, pencarian yang telah masuk hari ketiga hari ini masih menggunakan TIGA (3) kaedah iaitu pencarian atas permukaan air, pencarian tebing sungai menggunakan unit anjing pengesan K9 dan selaman.

Terdahulu, kejadian yang berlaku pada petang Jumaat baru-baru ini, mangsa Simon Sange Tupe, 68, dan Juning Maturun, 37, yang menaiki kenderaan jenis Perodua MYVI hanyut di bawa arus deras banjir ke dalam sungai ketika cuba melalui jambatan di Jalan Kionsom Lama.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

VIDEO tular yang menunjukkan kenderaan jenis Myvi berwarna putih dipandu mereda jalan yang dinaiki air sungai telah ditolak dan di bawa arus deras anak sungai…

Operasi mencari dan menyelamat terus dilancarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kelmarin, mangsa Juning Maturun, 37, baru ditemui setakat ini yang ditemui terperangkap dalam kenderaan berkenaan.