Pemandu, Pelajar Dalam Bas Sekolah Cedera Bertembung Hilux

Pemandu, Pelajar Dalam Bas Sekolah Cedera Bertembung Hilux

0
SHARE

PAPAR, SABAH – Empat termasuk pemandu sebuah bas sekolah cedera setelah bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Papar Lama sini tadi.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital menggunakan jentera EMRS dan Ambulans dalam kejadian 11.15 pagi itu.

Setakat ini, hanya identiti pemandu bas, Catherina Maladan, 53, dan seorang pelajar, Howard Hyden Herman, 15, dikenal pasti.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, manakala berkata pemandu sebuah Toyota Hilux tidak berada di tempat kejadian semasa ketibaan pasukan balai bomba dan penyelamat Papar.

“Operasi ditamatkan pada jam 12.38 tengah hari,” katanya.