Pemandu Rentung, Ibu Dan Anak Selamat

Pemandu Rentung, Ibu Dan Anak Selamat

0
SHARE
Bomba tuaran sedang memadam kebakaran yang berlaku selepas pemandu sebuah Perodua Bezza rentung di tepi jalan Kg Tambalugu hari ini...

TUARAN, SABAH – Pemandu sebuah Perodua Bezza rentung di tepi jalan Kg Tambalugu, sini, selepas bertembung dengan Perodua Myvi petang tadi.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Fairus Jasni, 38.

Mayat beliau dikeluarkan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran sejurus mengawal keadaan pada pukul 5.10 petang.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, kenderaan terbabit terbakar 100 peratus.

Dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu, operasi pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu dari jentera.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selajutnya…

“Dua mangsa dalam kenderaan Myvi, seorang wanita berusia 33 tahun dan kanak-kanak lelaki, 5 tahun tidak mengalami kecederaan,” kata seorang jurucakap bagi agensi berkenaan.

Menurut Ketua BBP Tuaran PKPgB Mohd Abd Qawie Abdul Gapar, mereka berdua merupakan anak beranak.

Operasi ditamatkan pada jam 7.25 malam.