Program Sunathon Peringkat 5 Divisyen

Program Sunathon Peringkat 5 Divisyen

0
SHARE
Shahelmey (dua kiri) dan Rahman melihat aktiviti dijalankan...

LOK KAWI, SABAH – Seramai 50 anak-anak warga Kem Lok Kawi menyertai Program Sunathon Peringkat 5 Divisyen bertempat di Dewan Kinabalu Kem Lok Kawi pada hari ini.

Program dimulakan dengan perarakan peserta program bersama keluarga dari Masjid As Salam ke Dewan Kinabalu diiringi dengan paluan kompang.

Panglima 5 Divisyen Mej Jen Datuk Abdul Rahman bin A Wahab bersama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya menyempurnakan simbolik perasmian dengan acara bersiram bagi memberikan semangat kepada peserta disamping menghidupkan semula budaya dan tradisi yang diamalkan sebelum acara berkhatan dimulakan.

Dalam program ini Datuk Ir. Shahelmey turut dilaksanakan penyampaian Sumbangan Bakul Makanan daripada MYACTIONFUND kepada 45 Warga Kem yang memerlukan.

Semasa ditemui ADUN Tanjung Keramat, beliau amat berbesar hati dapat turut sama menjayakan penganjuran program Sunatahon bersama 5 Divisyen pada tahun ini bagi membantu ibubapa dalam memudah cara proses berkhatan anak-anak mereka.

Menurut beliau lagi ini merupakan kali ketiga penganjuran program berkhatan yang dilaksanakan bersama 5 Divisyen dan kerjasama seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Sementara itu, Panglima 5 Divisyen turut berkata bahawa selain memudahkan ibubapa, program ini turut mengurangkan bebanan perbelanjaan proses berkhatan dimana ianya dibuat secara percuma melibatkan petugas kesihatan Angkatan Tentera.

Program ini turut melibatkan seramai 15 pegawai serta 31 petugas kesihatan dibawah naungan 5 Divisyen.

Penganjuran Aktiviti ini adalah sejajar dengan Tonggak Kelima Perintah Ulung Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu Peningkatan Hubungan TD Dengan Awam.