TUARAN, SABAH – Pemandu sebuah van pelancong cedera manakala seekor kerbau mati setelah bertembung di Kampung Telibong berhadapan Stesen Minyak Shell di Jalan Tamparuli sini subuh tadi.
Kenderaan jenis van Nissan Urvan yang dipandu Fadrick Dalinting, 46, remuk pada bahagian hadapan.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran menerima panggilan kecemasan ke lokasi berjarak kira-kira 12km dari balai pada pukul 5.02 pagi.

Ketua Balai, PKPgB Mohd Abdul Qawie Abdul Gapar berkata anggotanya berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan terbabit.
“Beliau diberikan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba dan seterusnya dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 5.46 pagi.