FCAS Gesa Rakyat Sabah Beri Perhatian Kepada PRN Sarawak

FCAS Gesa Rakyat Sabah Beri Perhatian Kepada PRN Sarawak

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Sabah (FCAS), Tan Sri TC Goh, menggesa rakyat Sabah untuk memberi perhatian kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ke-12 di mana hari pengundian jatuh pada Sabtu ini (18 Disember).

Beliau berkata, ia hanya wajar memandangkan kedua-dua negeri berjiran itu berkongsi beberapa ciri yang sama, sama ada dari segi landskap, mahupun sentimen rakyat.

Katanya, sebagai sebahagian daripada Keluarga Malaysia Sabah dan Sarawak, beliau berkongsi aspirasi yang sama rakyat supaya kedua-dua negeri iaitu untuk mendapatkan semula “autonomi politik” mereka untuk mencapai kestabilan politik dan perpaduan yang lebih besar di kalangan rakyat.

Tegasnya, ia adalah menjadi aspirasi bersama rakyat kedua-dua negeri tersebut untuk melihat kandungan Perjanjian Malaysia 1963, yang sedang diusahakan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, dapat dilaksanakan sepenuhnya tanpa berlengah lagi.

Goh mengakui pilihan raya negeri Sarawak akan datang akan ditarung sengit dengan jumlah rekod 349 calon dalam sejarahnya, untuk memilih 82 ADUN.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Goh yang juga Presiden Persekutuan Persatuan Sabah dan Labuan Hokkien (FSLHA) berharap semua pihak yang terlibat iaitu parti politik, calon dan penyokong untuk berusaha meningkatkan disiplin diri dan mematuhi peraturan pilihan raya semasa berkempen bagi memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar dan berjaya.

Beliau juga yakin rakyat Sarawak mempunyai kebijaksanaan untuk membuat keputusan yang betul, demi kepentingan negeri dan rakyatnya.

“Calon-calon sama ada muka baharu atau lama, selagi mereka mempunyai rekod prestasi baik dalam khidmat kepada masyarakat selama ini dan diiktiraf, mereka akan berpeluang cerah untuk dipilih…

“Saya juga berharap pilihan raya negeri akan melahirkan wakil rakyat yang berkualiti dan berdedikasi bagi kawasan yang pengundinya majoritinya Cina.

“Saya percaya seperti pada pilihan raya negeri sebelum ini, pengundi Cina akan terus menjadi faktor penentu penting di beberapa kawasan,” katanya.

Selain itu, beliau juga berharap kerajaan negeri Sarawak yang akan datang akan terus menjalin hubungan dan kerjasama yang erat dengan kerajaan negeri Sabah, serta berganding bahu untuk menjaga dan meneruskan autonomi politik bagi kedua-dua negeri.